Siapa sangka, hanya dengan menjual kopi di sekitar Asia Tenggara juga mampu menyenaraikan syarikat di Nasdaq. Meskipun dilihat mustahil, namun semuanya berjaya direalisasikan oleh sebuah syarikat penawaran kopi di Indonesia iaitu Kopi Kenangan.

Kopi Kenangan juga turut mencipta sejarah ambil muncul sebagai syarikat penyedia makanan dan minuman pertama Asia Tenggara yang berjaya di Nasdaq.

Mengulas mengenai kehebatan Kopi Kenangan, kopi yang ikonik dengan mesej-mesej puitis pada cawan kopi ini berjaya menjadi pencabar terdekat kepada Starbucks selaku rangkaian kopi popular dunia di negara berkenaan.

Selain itu, syarikat ini juga turut menerima pelaburan besar daripada penyanyi rapper popular Amerika Syarikat, Kopi Kenangan.

Dilaporkan, Kopi Kenangan nampaknya tidak mengambil masa yang panjang untuk tersenarai di Nasdaq. Mulai dibangunkan pada tahun 2017, syarikat ini berjaya menarik perhatian pengguna serta para pelabur.

Kopi Kenangan baru-baru ini dilaporkan telah berjaya meraih $96 juta (~RM403.97 juta) menerusi Series C funding. Difahamkan Kopi Kenangan yang diuruskan oleh Tybourne Capital Management kini dinilai sekitar $10 bilion ~(RM41.2 bilion) menerusi pelaburan baru yang diterima.

Sehingga kini, Kopi Kenangan sudah berjaya menjual lebih 40 juta cawan kopi dalam tempoh sekitar 12 bulan terakhir dan dijangka akan terus menawarkan sekitar 5.5 juta cawan kopi setiap bulan sepanjang suku pertama tahun 2022.

Tahniah kami ucapkan buat Kopi Kenangan atas hasil usaha dalam mencipta sejarah sebagai syarikat penyedia servis makanan dan minuman pertama di Asia Tenggara yang berjaya tersenarai di Nasdaq. Semoga penyertaan Kopi Kenangan dalam Nasdaq dapat memberi motivasi buat syarikat lain untuk mengikuti jejak langkah yang sama.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah Kopi Kenangan yang berjaya mendapat pelaburan daripada Jay-Z ini dengan klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/bagaimana-rangkaian-kedai-kopi-dari-indonesia-ini-berjaya-menerima-pelaburan-daripada-jay-z/?utm_source=thevocket&utm_medium=ajax_search&utm_campaign=search_result

https://www.thevocket.com/adakah-kopi-mampu-kurangkan-risiko-jangkitan-covid-19-ini-penjelasan-saintis/?utm_source=thevocket&utm_medium=ajax_search&utm_campaign=search_result

Sumber